Bagaimana Konsep Keluhuran Perlembagaan Dapat Menjamin Keharmonian Masyarakat Majmuk di Malaysia
PENGAJIAN MALAYSIA
KURSUS:
DIPLOMA TEKNOLOGI MAKANAN
SESI:
JUN 2018
PENSYARAH:
ENCIK KAMAL HISAM BIN ABDUL HALIM
Nama Ahli Kumpulan:-
Nur Raudathul Jannah binti Dawood @ Daud
(02DTM18F1104)
(02DTM18F1104)
Mohamad Khairil Anwar bin Mohamad Tajudin
(02DTM18F1068)
Nur Syuhadah binti Shariffudin
(02DTM18F1006)
Nur Zur Ain Munawarah binti Zul Majdi
(02DTM18F1028)
Muhammad Badrul Amin bin Mohd Saharim
(02DTM18F1077)
Syasya Syauqina binti Muhamad Jufri
(02DTM18F1125)
Fatin Hazwani binti Hamidi
(02DTM18F1080)
TAJUK:
BAGAIMANA KONSEP KELUHURAN PERLEMBAGAAN MENJAMIN KEHARMONIAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA.
² Pengenalan
² Definjsi
² Tujuan
² Konsep Ketertinggian Perlembagaan
² Konsep Keluhuran Perlembagaan
² Peranan & Kesan Perlembagaan Malaysia
² Kepentingan Perlembagaan
² Perlembagaan Menjamin Keharmonian Masyarakat
² Rumusan
² Rujukan
Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka terdapat Undang-undang Laut Melaka dan Hukum Kanun Melaka.Sementara itu,setiap negeri mengamalkan adat tradisional iaitu Adat Temenggung dan Adat Pepatih.Perlembagaan moden hanya diperkenalkan setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dan terbentuknya Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.
Perlembagaan merupakan sumber undang-undang tertinggi sesebuah negara.Kewujudannya adalah untuk menyelaraskan pemerintahan sesebuah negara.Selain itu juga,ia berperanan sebagai garis panduan pembentukan undang-undang sama ada di pihak pemerintah atau rakyat. Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Ia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957. Ia merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca kepada semua undang-undang. Perlembagaan Persekutuan memberikan jaminan terhadap hak asasi dan kebebasan rakyat dan keadilan sosial untuk semua kaum di negara ini. Selain itu ia menjamin keadilan, kerjasama, kesepakatan dan kepentingan bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
Keluhuran perlembagaan merupakan prinsip rukun negara yang ketiga.Keluhuran perlembagaan bermaksud ketinggian dan keagungan undang-undang atau perlembagaan itu sendiri. Keluhuran Perlembagaan Malaysia terletak pada kedudukannya sebagai undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca kepada semua undang-undang. Semua undang-undang lain hendaklah tidak bertentangan dengan perlembagaan Perkara 4(1).Keluhuran Perlembagaan mengatasi YDPA, Parlimen, Perdana Menteri dan Badan Kehakiman. Ini menjadikannya sebagai pelindung kepada rakyat. Semua undang-undang mestilah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan, jika tidak maka undang-undang itu adalah terbatal. Badan Kehakiman adalah badan yang bertanggungjawab menjaga dan memelihara keluhuran dan ketertinggian Perlembagaan Malaysia. Badan ini berkuasa menentukan kesahihan sesuatu undang-undang. Perlembagaan negara Malaysia ini berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang berkuatkuasa 31 Ogos 1957, dan digubal oleh Suruhanjaya Reid. Antara lain ia menyebut tentang pembentukan kerajaan pusat yang kuat dan berkuasa ke atas negeri-negeri, kedudukan raja-raja Melayu, memilih dan melantik Yang di-Pertuan Agong daripada kalangan Raja-Raja Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu, wujudkan satu rupa bangsa, menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, dan lain-lain.
1. Untuk mewujudkan satu bentuk pemerintahan yang adil.
Kewujudan ,perlembagaan dari segi sejarahnya adalah berdasarkan tolak ansur kaum dalam beberapa perkara seperti hak istimewa orang melayu,bahasa melayu,agama islam dan lain-lain lagi,dalam hal ini,walaupun perlembagaan memperuntukkan agama islam sebagai agama persekutuan/rasmi negara (Bahagian 1,Perkara 3(1)),tetapi agama lain juga bebas diamalkan di Malaysia.peruntukan bahasa melayu sebagai bahasa bahasa rasmi negara(Perkara 152) juga ada kelonggarannya apabila bahasa-bahasa lain juga boleh digunakan ,manakala dalam perkara hak keistimewaan orang melayu,YDPA tidak sahaja menjaga kepentingan Orang Melayu,tetapi kaum bukan melayu juga mendapat perlindungan yang sewajarnya.peruntukan ini adalah untuk melahirkan satu bentuk pemerintahan yang adil dan tidak menitikberatkan sesuatu kaum sahaja.
2. Untuk mengelakkan penyalagunaan kuasa oleh pemerintah.
Sebagaimana yang digariskan dalam Perlembagaan,terdapat beberapa peruntukan tertentu yang khas untuk YDPA dan Raja/Yang Dipertua Negeri.dalam hal ini,walaupun baginda mempunyai bidang kuasa tertentu tetapi segala tindakan mereka adalah tertakluk kepada Perlembagaan (Bahagian 4,Bab 3,Perkara 40).jadi ini dapat mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah. Perlembagaan Persekutuan merupakan panduan dalam pemerintahan dan tindakan pemerintah adalah berdasarkan perlembagaan. Perlembagaan persekutuan menjamin keadilan , kecekapan dan pemerintahan.
3. Mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat
Perlembagaan persekutuan bukan sahaja memperuntukkan kuasa kepada pemerintah,tetapi juga kepada rakyat melalui kebebasan asasi (Bahagian 2,Perkara 5-13) dan hak istimewa orang melayu.keadaan ini secara tidak langsung akan membentuk pembahagian kuasa dan dapat mengelakkan daripada dominasi kuasa oleh sesuatu pihak.Dalam hal ini,pemerintah ada had perkara yang boleh dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan dan rakyat juga ada perkara yang mereka boleh lakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan.
4. Menjaga keamanan dan kestabilan negara
4. Menjaga keamanan dan kestabilan negara
Sekatan sekatan dalam perlembagaan yang membataskan kebebasan individu akan mejaminkan negara serta mengekalkan perpaduan. Selain itu , pindaaan terhadap perlembagaan tidak boleh dibuat sewenang wenangnya . Perubahan pemimpin selepas pilihan raya tidak mengubah corak pemerintahan . Rakyat dapat jaminan undang undang serta tiada diskriminasi dalam perlembagaan.
5. Mengekalkan identiti negara/menjamin keutuhan dan kedaulatan negara.
5. Mengekalkan identiti negara/menjamin keutuhan dan kedaulatan negara.
Unsur unsur tradisi dan perkara utama dalam perlembagan persekutuan akan menjamin riwayat negara bangsa serta mengekalkan nilai dan identiti Malaysia. Bukan itu sahaja , negara luar juga dapat mengenali budaya budaya yang terdapat di Malaysia . Dengan ini , terdapat keistimewaan yang ada dalam Malaysia.
Undang-undang Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi negara. Perlembagaan Persekutuan menjadi punca kepada semua undang-undang samada yang sedia ada atau yang bakal digubal. Perlembagaan ini juga menentukan berbagai-bagai perkara tentang kebebasan asasi, kewarganegaraan, kerajaan persekutuan, perundangan, kedudukan negeri, perkhidmatan awam, kehakiman dan lain-lain lagi. Semua undang-undang yang ada tidak boleh berlawanan dengan perlembagaan. Dengan ini, perlembagaan merupakan dokumen yang mengandungi semua undang-undang tertinggi bagi memerintah negara.
Kedudukan perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi amat penting untuk negara yang mengamalkan sistem persekutuan seperti Malaysia. Hal ini memudahkan kerajaan persekutuan menjalankan kuasa pemerintahan dan pentadbiran dengan licin tanpa terpaksa bersaing dengan pihak lain. Seiring dengan kedudukan perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi negara, parlimen memperoleh kuasanya daripada perlembagaan. Parlimen mempunyai kuasa yang terhad dan tidak boleh membuat undang-undang bagi perkara-perkara yang berada di luar bidang kuasanya.
Mahkamah mempunyai kuasa untuk membatalkan sesuatu undang-undang yang digubal oleh parlimen jika undang-undang berkenaan berada di luar bidang kuasanya dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Hal ini bermakna mahkamah juga tertakluk kepada kehendak-kehendak perlembagaan. Walaupun Yang di-Pertuan Agong menjadi ketua negara, baginda juga tertakluk kepada perlembagaan. Baginda tidak boleh bertindak sesuka hati, tetapi harus menjalankan tugas mengikut bidang kuasa yang diperuntukkan di dalam perlembagaan.
Perlembagaan Persekutuan Malaysia ialah undang-undang tertinggi Negara dan menjadi punca kepada semua undang-undang. Oleh itu, untuk memastikan ketertinggian perlembagaan ini kekal, maka beberapa garis panduan telah ditetapkan dan dipatuhi iaitu:
i. Perlembagaan menentukan apakah Perkara Persekutuan yang kerajaan Persekutuan boleh lakukan dan Perkara Negeri yang kerajaan negeri boleh lakukan.
ii. Perlembagaan menentukan apakah perkara bersama yang membolehkan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri membuat undang-undang mengenainya. Contohnya undang-undang yang boleh dibuat oleh Parlimen ialah pertahanan, pelajaran, hal ehwal luar negara dan sebagainya. Jika parlimen campur tangan dalam pembentukan undang-undang di luar perkara Persekutuan maka undang-undang tersebut adalah tidak sah.
iii. Kedudukan YDPA sebagai ketua negara, lambang taat setia rakyat, lambang negara, ketua Parlimen, ketua pemerintah dan sebagainya. Walau bagaimanapun ia tertakluk kepada halangan-halangan yang dikenakan oleh Perlembagaan. Baginda adalah raja berperlembagaan iaitu bertindak mengikut nasihat jemaah Menteri.
iv. Kuasa kehakiman juga tertakluk kepada sekatan-sekatan yang dikenakan oleh perlembagaan. Kuasa YDPA sebagai ketiga-tiga cabang kerajaan (perundangan, pentadbiran dan kehakiman) juga tertakluk kepada sekatan-sekatan yang dikenakan oleh Perlembagaan.
v. Kerajaan tidak boleh membuang negara seseorang warganegara, tidak boleh menahan seorang warganegara dari pulang ke tanahairnya dan tidak boleh memaksa seseorang itu menjadi buruh paksa dan tidak boleh memenjarakan mana-mana individu melainkan menurut undang-undang.
Keluhuran Perlembagaan
Keluhuran perlembagaan merupakan salah satu prinsip yang dimaksudkan dengan keluhuran perlembagaan tersebut? Luhurnya perlembagaan malaysia itu dapat dilihat dari perspektif berikut iaitu merupakan undang undang utama persekutuan, ketertinggian perlembagaan, pindaan perlembagaan , serta hubungan antara perlembagaan, serta hubungan antara perlembagaan negeri dan perlembagaan persekutuan.
Undang-undang Utama Persekutuan
Perlembagaan ialah undang-undang utama persekutuan dan mana-mana undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka yang tidak selaras dengan perlembagaan ini adalah tidak sah setakat yang tidak selaras tersebut.Kesahan mana mana undang undang tidak boleh dipersoalkan atas alasan bahawa undang undang itu mengenakan sekatan sekatan ke atas hak yang disebut dalam 9(2) tetapi tidak berhubungan dengan perkara perkara yang disebut dalam perkara itu atau undang undang itu mengenakan mana mana sekatan yang disebut dalam perkara 10(2) tetapi sekatan sekatan itu tidak disifatkan perlu atau suai manfaat oleh parlimen bagi maksud maksud yang disebut dalam perkara itu.
Kesahan mana mana undang undang yang dibuat oleh parlimen atau badan Perundangan mana mana negeri tidak boleh dipersoalkan atas alasan bahawa undang undang itu membuat peruntukan berkenaan dengan apa apa perkara yang berkenaan dengan parlimen atau mengikut mana mana yang berkenaan,Badan Perundangan Negeri itu tidak mempunyai kuasa untuk membuat undang undang ,kecuali dalam prosiding untuk mendapatkan suatu penepatan bahawa undang undang itu adalah tidak sah atas alasan itu atau jika undang undang itu telah dibuat oleh badan perundangan sesuatu negeri dalam prosiding antara Persekutuan dengan negeri itu atau jika undang undang itu telah dibuat oleh Parlimen dalam prosiding antara Persekutuan dengan satu atau beberapa buah negeri.
Ketertinggian Perlembagaan
Tidak ada yang tertinggi kuasanya di malaysia melainkan Perlembagaan telah menjadi rujukan rakyat dan pemerintah di negara ini sejak merdeka sehingga kini. Justeru, adalah tepat jika dikatakan Perlembagaan adalah yang tertinggi di Malaysia. Malaysia merupakan sebuah Persekutuan yang mempunyai sebuah perlembagaan bertulis. Menurut Tun Mohammed Suffian, bekas Ketua Hakim Negara, Perlembagaan Persekutuan Malaysia adalah yang tertinggi.
Secara am nya, kewujudan perlembagaan kepada sesebuah negara adalah sangat penting kerana dengan wujudnya pwrlembagaan, ia akan menjamin riwayat sesebuah negara bangsa sentiasa relevent dengan perubahan zaman. Jika di selidiki, ternyata perlembagaan mempunyai bebrapa fungsi seperti dibawah.
· Mewujudkan pemerintahan yang adil
Beberapa perkara dalam perlembagaan memperlihatkan peranaannya untuk mewujudakan pemerintahan yang adil. Kewujudan dari segi sejarah berdasarkan tolak ansur antara kaum dalam beberapa perkara seperti hak istimewa orang melayu , bahasa melayu , agama islam dan lain-lain lagi.
Sebagai contoh walaupun agama islam sebagai agama rasmi negara tetapi agama lain juga bebas diamalkan.
· Mengekalkan riwayat negara bangsa
Pembentukan pelembagaan akam mengekalkan identiti negara bangsa malaysia kerana melalui perlembagaan ,Sistem pertadbiran dan perjalanan undang-undang negara dapat dilaksanakan.
· Menjaga kestabilan negara
Sesungguhnya perlembagaan malaysia telah berjaya menmbentuk keamanaan dan kestabilan negara .Hal ini memandangankan terdapat sekatan-sekatan dalam mengawal pergerakan setiap warganegara Malaysia walaupun mereka diberi kebebasan dan keistimewaan tertentu.Namun,kebebasan dan keistimewaan ini ada hadnya apabila terdapat perkara-perkara yang difikirkan perlu untuk menyekat kebebasan mereka.
· Alat peyelesaian masalah
Perlembagaan sesungguhnya telah menjadi undang-undang tertinggi negara dan menjadi rujukan utama dalam penggubalan undang-undang persekutuan dan negeri.Bahkan,sebarang masalah dalam pembuatan undang-undang atau rujukan apa-apa hukuman kepada seseorng warganegara adalah berasaskan perlembagaan
Menggelakkan penyalahgunaan kuasa dan mengawal pegerakkan kerajaan dan rakyat
Keadaan ini secara tidak langsung akan membentuk pembahagian kuasa dan dapat menggelakkan daripada dimonasi kuasa oleh sesuatu pihak . Sebagai mana yang digariskan dakam perlembagaan, terdapat beberapa peruntukkan khas tertentu untuk YDPA serta sultan / raja / Yang Di Pertua Negeri. Dalam hal ini, walaupun baginda mempunyai bidang kuasa tertentu, tetapi segala tindakan mereka adalah tertakluk kepada perlembagaan.
1. Menjamin kestabilan politik dan sistem pentadbiran yang cekap dan berkesan. Perlembagaan menentukan corak pemerintahan, pembahagian kuasa antara pelbagai badan kerajaan serta prinsip-prinsip umum cara kuasa tersebut dilaksanakan.
2. Menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat. Perlembagaan menentukan hak asasi rakyat seperti kebebasan bercakap, kebebasan beragama dan pemilikan harta. Perlembagaan dapat mengelakkan penyalahgunaan kuasa pemerintahan.
3. Perlembagaan juga menentukan tanggungjawab rakyat dan batasan atau larangan seperti hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak yang tidak boleh dipersoalkan. Hal ini adalah penting untuk mengelakkan persengketaan kaum.
4. Memudahkan perpaduan nasional dan pembangunan negara. Perlembagaan melindungi kepentingan semua kaum. Perlembagaan juga menjamin keadilan sosial antara kaum. Hal ini dapat memupuk perpaduan nasional dan mempertingkatkan pembangunan negara.
5. Martabatkan Bahasa Melayu didalam negara sendiri iaitu Malaysia. Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi Negara. Bahasa Melayu digunakan untuk maksud dan tujuan rasmi, namun penggunaan bahasa lain tidak ditegah.
6. Menjadikan Agama Islam sebagai agama rasmi negara namun semua orang berhak mengamalkan dan menganuti agama masing-masing. Raja atau sultan dilantik menjadi ketua agama Islam.
7. Kebebasan diri- setiap individu yang tidak bersalah di sisi undang-undang tidak boleh diambil nyawanya, dipaksa kerja, dihukum, dibuang negeri, dihalang bersuara, dilarang berkumpul dan ditegah menubuhkan persatuan
Kebebasan Ekonomi-setiap individu bebas menjalankan aktiviti ekonom selagi tidak bertentangan dengan undang-undang negara
Kepentingan perlembagaan di sesebuah negara itu juga mempunyai haluan tertentu. Hal ini demikian kerana, perlembagaan mempunyai undang-undang dasar yang menentukan arah politik negara tersebut. Menerusi perlembagaan, arena politik negara dapat ditentukan dan parti-parti politik pula mengetahui hala tuju semasa memegang kuasa dan mentadbir negara.
Perlembagaan adalah undang-undang yang mengandungi peraturan yang boleh dikuatkuasakan atau prinsip asas yang mengasaskan sistem pemerintahan seperti yang termaktub dalam undang-undang atau adat perundangan. Perlaksanaan Perlembagaan telah banyak membawa kebaikan kepada negara secara amnya dan kepada rakyat secara khususnya.
Perlembagaan merupakan penentu kepada rangka dan bentuk pemerintahan serta kuasa yang diamanahkan kepada mereka yang menerajui tampuk pemerintahan dan terbukti Pelembagaann mampu menjamin satu pentadbiran yang cekap, jujur dan adil. Oleh itu Perlembagaan adalah penting bagi sesebuah negara untuk menjamin kesinambungan pentadbiran dan kestabilan politik seterusnya menjamin kemakmuran dan kesejahteraan rakyat.
Perlembagaan juga menggariskan kebebasan dan hak asasi warganegara seperti kebebasan diri, kebebasan bercakap, kebebasan memiliki harta dan kebebasan beragama. Dengan peruntukan tersebut, Perlembagaan menjamin keselamatan dan keamanan melalui undang-undang yang digariskan sejara jelas. Selain itu, Perlembagaan menentukan batasan bagi menjaga keselamatan dan memastikan pentadbiran berjalan dengan lancar bagi kemakmuran rakyat.
Perlembagaan Malaysia juga memastikan wujudnya keadilan sosial antara kaum. Bagi menjamin keadilan antara kaum, kebebasan sosial dihadkan. Ini bermakna seseorang itu diberi kebebasan bercakap tetapi kebebasan ini dihadkan kerana seseorang itu tidak dibenarkan bercakap mengenai isu sensitif seperti keistimewaan hak orang Melayu dan bumiputera, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta agama Islam sebagai agama rasmi kerajaan yang boleh menimbulkan kebencian terhadap kaum lain serta akan mengakibatkan berlakunya persengketaan dan pergaduhan antara kaum yang bakal mengancam keselamatan negara.
Perkara ini telah termaktub dalam pindaan Akta Hasutan pada tahun 1970 yang mengehadkan hak kebebasan seseorang bercakap. Dengan ini Perlembagaan boleh menjamin keselamatan dan rakyat daripada dianiaya serta keamanan negara.
Unsur taat setia kepada negara adalah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Perkara tersebut menyatakan bahawa seseorang itu akan diperintah dilucutkan kerakyatannya sekiranya kerajaan Malaysia berpuas hati bahawa seseorang itu telah memperolehi kerakyatan negara lain.
Seseorang itu juga diarahkan dilucutkan kerakyatannya sekiranya terbukti yang dia tidak setia atau tidak suka kepada negara ini. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa kepentingaan Perlembagaan di negara kita adalah untuk menjaga kedaulatan, keamaan dan kesejahteraan negara.
Perlembagaan juga menentukan supaya hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak tidak boleh dipersoalkan kerana ini adalah jaminan awal sebelum Persekutuan Tanah Melayu merdeka dan sebelum Sabah dan Sarawak bersetuju memasuki Malaysia pada tahun 1963. Walau bagaimanapun semua warganegara Malaysia, tanpa mengira kaum adalah sama rata di sisi undang-undang, bebas menganut dan mengamal agama masing-masing, boleh mengajar dan bertutur dalam bahasa ibunda mereka sendiri serta berhak memiliki harta.
Selain itu, terdapat juga peruntukan mengenai hak pelajaran yang menegaskan bahawa tidaklah boleh ada perbezaan terhadap mana-mana warganegara semata-mata atas sebab agama, kaum, keturunan atau tempat lahir untuk kemasukan dan bayaran yuran ke institusi pendidikan yang diselenggarakan oleb kerajaan. Hal ini menunjukkan bahawa kerajaan begitu menitik beratkan soal keaman, kemakmuran dan hak sama rata di kalangan rakyat di negara ini.
Seperti negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak juga menyerahkan kuasanya dalam beberapa bidang kepada kerajaan pusat seperti pendidikan dan kesihatan. Kesan daripada penyerahan kuasa ini ialah pembangunan yang sangat pesat dalam bidang pendidikan dan perkhidmatan seperti kesihatan, pos, telekom dan polis. Di sini, perkongsian budaya telah wujud dan mengeratkan perasaan kekitaan dan persefahaman. Selain itu, usaha ke arah mewujudkan integrasi nasional telah menampakkan hasil dan dapat mempercepatkan lagi proses pembentukan negara bangsa yang bersatu dan berdaulat.
Bagi dunia pendidikan pula, pemilihan pelajar ke institusi pengajian tinggi telah merima sistem meritokrasi yang menolak pelaksanaan sistem koata yang dilaksanakan sebelum itu. Sistem meritokrasi melaksanakan pemilihan pelajar berdasarkan prestasi akademik tapa mengira golongan etnik. Walaupun kedudukan istimewa mengenai pendidikan telah termaktub dalam Perlembagaan, namun pelbagai sikap akomodatif antara Melayu dan bukan Melayu telah diwujudkan ke arah memantapkan lagi hubungan etnik diMalaysia.
Sesungguhnya, apabila wujudnya perpaduan nasional, maka barulah terjamin kesejahteraan masyarakat majmuk, dan seterusnya akan melahirkan pula sebuah negara dan bangsa Malaysia yang bersatu, demokratik, adil, liberal, dan saintifik tanpa mengira keturunan dan kepercayaan. Pendeknya, jelas sekali sistem Perlembagaan merupakan kunci kepada masyarakat pelbagai kaum di Malaysia ini, demi untuk memelihara serta mengekalkan keharmonian dan perpaduan kaum bagi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara Malaysia itu sendiri.
Malaysia mengecapi kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 setelah lebih dari 100 tahun berada di
bawah kekuasaan dan penjajahan kuasa-kuasa asing dan sehingga kini negara telah mengecapi kemerdekaan hampir mencecah 52 tahun. Penjajahan dan pemerintahan kuasa-kuasa asing seperti British dan Jepun meninggalkan implikasi kepada negara secara tidak langsung.Termasuklah mempengaruhi populasi rakyat Malaysia sehingga kini.Kewujudan masyarakat majmuk di negara ini dipercayai semakin ketara di zaman pemerintahan British yang menggalakkan migrasi orang-orang Cina dan India ke negara ini untuk bekerja sebagai buruh kasar.Dasar Pecah dan Perintah yang diamalkan oleh pihak British telah memberi kesan yang amat besar kepada penyatuan kaum di negara ini.Populasi etnik di Malaysia sehingga kini meliputi tiga etnik terbesar iaitu Melayu, Cina dan India.Pelbagai usaha diambil untuk meneruskan agenda nasional dan secara tidak langsung memupuk ke arah hubungan etnik yang harmoni dan bersatu padu. Diantaranya adalah pelaksanaan Wawasan 2020, pelaksanaan pelan pembangunan lima tahun, Dasar Pelajaran Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan sebagainya. Usaha untuk memupuk perhubungan etnik di negara ini tidak akan mencapai matlamatnya tanpa adanya kerjasama daripada semua pihak.
Dalam era globalisasi terdapat banyak cabaran yang mampu menggugat perpaduan di kalangan etnik di negara ini.Isu-isu internal dan external menyumbang kepada kegoyahan hubungan etnik jika tidak ditangani dengan bijak.Kestabilan ekonomi dan politik merupakan asas kepada perpaduan hubungan etnik. Perpaduan yang dikecapi pada hari ini perlu dihargai agar terus dirasai oleh generasi akan datang. Kegagalan mengekalkan perpaduan memudahkan dominasi negara-negara lain untuk menakluki negara kita. Semua etnik tanpa mengira batas agama, budaya dan adat perlu belajar daripada sejarah agar sejarah penjajahan yang telah berlangsung lebih dari seratus tahun tidak akan berulang. Cabaran era globalisasi hadir tanpa mampu dielak oleh sesebuah negara.Justeru itu, sesebuah negar
a perlu bijak dalam membuat perancangan agar dapat mengharungi cabaran yang datang. Keupayaan sesebuah negara mengharungi cabaran-cabaran dengan baik mampu menjadikan negara berkenaan sebaris dengan negara-negara maju yang lain.
- https://ms.wikipedia.org/wiki/Perlembagaan_Malaysia
- https://www.slideshare.net/DORAEMONLINA/bab-4-perlembagaan-malaysia
- http://bab4perlembagaan.blogspot.com/2016/03/definisi-perlembagaan.html?m=1
- http://pewariskeamanan.blogspot.com/2010/08/konsep-ketinggian-perlembagaan.html?m=1
- http://serngroup.blogspot.com/2012/04/perlembagaan-persekutuan-malaysia.html?m=1
Raja-raja Melayu
London Constitutional Conference 1956
Masyarakat Malaysia
Perlembagaan Malaysia dapat menjamin
keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia
London Constitutional Conference 1956
Masyarakat Malaysia
Perlembagaan Malaysia dapat menjamin
keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia
Comments
Post a Comment