peranan al-quran sebagai sumber utama bidang sains ,teknologi dan kejuruteraan.
SAINS TEKNOLOGI KEJURUTERAAN DALAM ISLAM
KURSUS :
DIPLOMA TEKNOLOGI MAKANAN
SESI :
DISEMBER 2018
NAMA PENSYARAH :
USTAZ FADHILI BIN MUHAMMAD
NAMA AHLI KUMPULAN :
NUR RAUDATHUL JANNAH BINTI DAWOOD@DAUD
(02DTM18F1104)
SITI NURAQILAH BINTI ISKANDAR
(02DTM18F1101)
FATIN HAZWANI BINTI HAMIDI
(02DTM18F1080)
NURALIYAH KAMILAH BINTI OZMAN
(02DTM18F1122)
SYASYA SYAUQINA BINTI MUHAMAD JUFRI
(02DTM18F1125)
² Penghargaan
² Pengenalan
² Definisi
² Konsep
² Rumusan
² Rujukan
Alhamdulillah, segala puji dan syukur kami panjatkan ke hadrat Ilahi, dengankeizinannya dapat kami selesaikan kertas kerja ini dalam tempoh waktu yang ditetapkan.Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad saw, kerana usaha Baginda,kita dapat hidup dengan nikmat Iman dan Islam.Jutaan penghargaan kami tujukan kepada pensyarah subjek CTU087 kerana banyak memberikan tunjuk ajar dan panduan demi menjayakan proses penghasilan kertas kerja ini.Tidak lupa juga kepada ibu bapa kami yang sentiasa memberikan dorongan dan motivasiuntuk kami terus berusaha mencapai cita-cita.Akhir sekali, kami ingin menucapkan jutaan terima kasih kepada teman-temanseperjuangan sepanjang pengajian di UITM Puncak Alam atas segala sokongan dankerjasama yang telah diberikan. Semoga ALLAH merahmati kalian.
Tajuk yang telah diberikan kepada kami ialah Peranan Al-Quran Sebagai Sumber Utama Dalam Bidang Sains Teknologi Dan Kejuruteraan. Dalam topik ini, kami telah melalukan beberapa penyelidikan melalui pembacaan, melayari internet dan lain-lain.
Hasilnya, kami telah menemui banyak ayat al Quran yang mengetengahkan topik-topik berkenaan sains dan teknologi. Ia telah mendorong ramai saintis di seluruh dunia untuk mengkaji sekali gus membuktikan kebenaran al-Quran di samping membuat pelbagai penemuan baru.
Kami telah memilih tajuk ini kerana ia sangat bersesuaian dengan matlamat kami untuk menjadi muslim profesional. Kami berhasrat untuk mengintegrasikan ilmu Islam dengan ilmu sains supaya dapat membentuk generasi Ulul Albab yang menyahut seruan ALLAH untuk memerhati dan meneliti hikmah di sebalik penciptaan alam.
Secara bahasa (etimologi) Al-Quran berasal daripada perkataan arab iaitu QURAN dimana kata QURAN sendiri merupakan akar kata daripada perkataan AQRA’A - YAQRA’U - QARA’NA
Kata QARA’NA secara bahasa bererti bacaan kerana sluruh isi dalam Al-Quran adalah ayat-ayat firman ALLAH dalam bentuk bacaan bahasa Arab.
Sedangkan pengertian Al-Quran menurut istilah (terminologi) ialah firman ALLAH yang berbentuk mukjizat yng diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W melalui malaikat Jibril yang tertulis di dalam musahif yang diriwayatkan kepada kita dengan mutawatir , merupakan ibadah apabila membacanya dan dimulai dengan surah Al-Fatihah dan diakhiri dengan surah An-Nas.
Definisi atau pengertian Al-Quran menurut bahasa dan istilah bahasa dan istilah di atas merupakan kata sepakat antara ulama’ dan para ahli ushul.Al-Quran diturunkan oleh ALLAH S.W.T sebagai tata aturanbagi kehidupan semua bangsa , petunjuk yang benar untuk semua makhluk,tanda bukti atas kebenaran RASULULLAH S.A.W ,dalil yang QOT’IE atas kenabian dan risalahnya dan juga sebagai hujjah yang tetap tegak hinnga hari kiamat.
Sebenarnya pengertian Al-Quran itu sendiri sangat luas,ia tidak hanya terpaku pada satu pengertian masih banyak pengertian lain tentang Al-Quran menurut ahli ,namum yang paling mendekati dan sesuai dengan para ahli adalah pengertian seperti yang sudah disebutkan tai.Demikian sekilas tentang pengertian Al-Quran menurut bahasa dan istilah
Al-Qur'an adalah kitab suci yang diturunkan bagi manusia yang mahu menggunakan akal fikiranya (ulul albab) dalam memahami penciptaan alam semesta ini, QS.Shaad: 29.
" inilah kitab yang kami turunkan kepadamu yang penuh berkah, supaya mereka memikirkan ayat-ayatnya dan supaya orang-orang yang mempunyai pikiran mendapat pelajaran".
Al-Qur'an sebagi petunjuk bagi manusia yang membawa berita gembira berupa pemecahan masalah yang dihadapi manusia untuk masa lalu, keadaan saat ini mahupun keadaan pada masa yang akan datang, juga sarat dengan ilmu pengetahuan dan teknologi yang diperlukan oleh umat manusia. Sehingga kini, Al-Qur'an sering disebut sebagai sumber segala Ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan yang terdapat dalam Al-Qur'an ada yang mudah difahami dan ada juga yang memerlukan pemikiran dan pengembangan serta perenungan lebih lanjut untuk dapat difahami oleh seseorang itu. Pemahaman tentang Al-Qur'an seseorang tergantung pada kecerdasan, tingkat pendidikan ilmu yang digelutinya, kemajuan Ilmu pengetahuan serta keadaan sosial lingkungan sekitarnya, sehingga dari ayat yang sama mungkin saja akan memberikan tafsiran yang berbeza.
Menurut Muhammad Arkom: "Al-Qur'an memberikan kemungkinan erti yang tak terbatas, ayatnya selalu terbuka untuk interpretasi baru. Maka tidak perlu diherankan apabila ilmu tafsir Al-Qur'an berkembang terus sesuai dengan kemajuan ilmu pengetahuan dan teknologi, QS. Al-Kahfi: 109
" Katakanlah, kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun didatangkan tambahan (lautan) sebanyak itu (pula).
Namun yang jelas kemampuan dan dari arah manapun kita menafsirkan ayat-ayat Al-Qur'an, semuanya akan bermuara kepada pengakuan akan kebesaran Tuhan sang pencipta Alam semesta ini.
Oleh karena itu pada makalah ini kami akan menguraikan tentang hubungan, pengembangan serta pengaruh ilmu pengetahuan dan teknologi.
Terdapat banyak ayat Al-quran yang menyeru manusia supaya mengkaji dan meneliti fenomena alam untuk memahami dan mendalami ilmu pengetahuan agar dapat membina suatu tamadun yang sempurna. Berdasarkan ayat di bawah jelas bahawa alam yang diciptakan oleh Allah s.w.t tertakluk kepada hukum-hukum tertentu dan apa yang ada dilangit dan di bumi adalah hak Allah s.w.t untuk kemudahan dan kegunaan manusia sejagat. Islam tidak terbatas antara hubungan manusia dengan tuhan bahkan merangkumi semua aspek kehidupan.
Firman ALLAH yang bermaksud :
“Tidakkah kamu perhatikan bahawa Allah memudahkan untuk kemudahan mu apa yang ada di langit dan di bumi, dan telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan di bumi, dan telah melimpahkan kepada kamu nikmat-nikmat-Nya yang zahir dan batin.”
(Surah Luqman: 20)
Oleh itu, kita seharusnya menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup kita kerana didalam Al-Quran telah tercatat segalanya yang berkaitan dengan hidup ataupun mati. Bidang kejuruteraan juga ada disebut di dalam Al-Quran. Ini telah melahirkan ramai tokoh-tokoh Islam yang menjadikan Al-Quran sebagai panduan untuk mengkaji bidang kejuruteraan sehingga mereka dapat mencipta peralatan yang berguna hingga kini.
Konklusinya, al-Quran yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad saw mempunyai peranan yang sangat penting dalam bidang sains dan teknologi. Galakan al-Quran untuk mengkaji dan merenungi penciptaan alam telah menjadi titik utama untuk mendorong para saintis Islam melakukan kajian. Justeru, kita sebagai generasi muda Islam yang bakal menerajui bidang-bidang profesional ini mestilah bertindak bijak dengan mengamalkan segala ajaran al-Quran dan mengkaji penciptaan alam semesta agar dapat bertemu dengan hikmahnya serta meningkat ketaatan kepadanya.
- https://www.academia.edu/4634610/Peranan_AlQuran_dalam_Sains_dan_Teknologi
- http://pianasyraf97.blogspot.com/2016/01/peranan-al-quran-sebagai-sumber-utama_8.html
- http://dkm2astkdi2015k1.blogspot.com/
Comments
Post a Comment